" Rahsia Surah Al-Kautsar " Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . . Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan
Sunday, June 3, 2012
KAWAN???
kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu
sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang
cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus
mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp
nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan
kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape
dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk
tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade
sekejap takde....... kata saya, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun
dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan...
tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp
kawan saya... itu cara saya berkawan..!!

Wednesday, May 23, 2012
Sunday, March 18, 2012
PENYESALAN
Di sana
ada suara mengimbau
Di sana
ada tangan longlai mengalun irama
bersama wajah tiada corak ternyata
Di sana
ada air mata luka
mengoyak hati pada sepi
malam tiada berbintang
menabiri hidup dalam perjalanan
Di sana, ada gelak ketawa
memapah diri dalam mahligai hampa
Di sana
ada lirik manja
dari wajah ke wajah
Di sana
ada senyum dalam duka
menjadi lumrah
semua mengisi dada dalam rasa
menangisi diri bersama luka terbina
ada suara mengimbau
Di sana
ada tangan longlai mengalun irama
bersama wajah tiada corak ternyata
Di sana
ada air mata luka
mengoyak hati pada sepi
malam tiada berbintang
menabiri hidup dalam perjalanan
Di sana, ada gelak ketawa
memapah diri dalam mahligai hampa
Di sana
ada lirik manja
dari wajah ke wajah
Di sana
ada senyum dalam duka
menjadi lumrah
semua mengisi dada dalam rasa
menangisi diri bersama luka terbina
DARI HUJUNG KE HUJUNG
Masa kini terlalu jauh
memisahkan kita
antara angin kencang
dan terik matahari...
Kau berlari di pasir
menerpa ke segenap bayang
berlari
dari hujung ke hujung
memburu waktu yang tangkas
menghambat ke sisi-Nya
Ah,air semakin terpancar
dimatamu -
angin tiba-tiba melambai
ke satu penjuru
dalam takwa mu
Terik matahari meretakkan
tiba-tiba
pasir ditumitmu
dan angin kencang merapatkan
pusaran demi pusaran
ke bibir Telaga Zam-zam
Ah, Siti Hajar
tapak demi tapakmu yang pecah
di mukaku
tumitmu pun terbenam
di bawah takwa ku!!
memisahkan kita
antara angin kencang
dan terik matahari...
Kau berlari di pasir
menerpa ke segenap bayang
berlari
dari hujung ke hujung
memburu waktu yang tangkas
menghambat ke sisi-Nya
Ah,air semakin terpancar
dimatamu -
angin tiba-tiba melambai
ke satu penjuru
dalam takwa mu
Terik matahari meretakkan
tiba-tiba
pasir ditumitmu
dan angin kencang merapatkan
pusaran demi pusaran
ke bibir Telaga Zam-zam
Ah, Siti Hajar
tapak demi tapakmu yang pecah
di mukaku
tumitmu pun terbenam
di bawah takwa ku!!
Subscribe to:
Posts (Atom)